SZ Upholstery Enterprise adalah sebuah perusahaan yang dimiliki penuh oleh bumiputra. Berdaftar dengan Pendaftar Perniagaan dengan nombor pendaftaran SA0192792-U dan berpusat di Taman Putra Perdana, Puchong.
Kami menyediakan perkhidmatan membaiki sofa (reupholstery), menukar span atau fabrik sofa, menukar kulit. Selain sofa kami kami juga membaiki kusyen atau kerusi yang terdapat fabrik. Kami juga menerima kusyen atau tempat duduk kereta atau automotif untuk dibaiki.
Selain membaiki sofa atau kusyen sedia ada, kami juga mereka bentuk dan membuat sofa baru mengikut citarasa dan saiz yang dikehendaki pelanggan.
Kami menerima pelanggan dari sekitar Selangor atau Lembah Kelang termasuk Kuala Lumpur. Pelanggan yang berhampiran seperti Puchong, Shah Alam, Kuala Lumpur, Kelang, Sungai Buloh atau di mana sahaja sekitar Lembah Kelang boleh menghubungi kami untuk keterangan lanjut dan perbincangan.
Pengangkutan disediakan untuk mengambil dan menghantar sofa atau barangan yang mahu diperbaiki bergantung pada syarat atau caj yang dipersetujui.
Selain perkhidmatan di atas kami juga menyediakan perkhidmatan pengangkutan memindah atau membuang barangan, memasang dan mereka kabinet.